Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat ye. Hari ini seperti yang korang sudah baca tentang tajuk di atas, saya akan memberikan nota tentang klausa dan ayat berdasarkan persamaan dan perbezaannya. Dengan lafaz bismillah yuk kita mulai nota ini. Baca sehingga habisnya nota ini.


Sebelum kita membahaskan lebih lanjut tentang persamaan dan perbezaan klausa, kita harus mengetahui tentang pengertian atau maksud klausa dan juga maksud ayat.


MENYATAKAN MAKSUD AYAT :

Ayat ialah unit tatabahasa yang terbesar yang menduduki tahap tertinggi dalam tatatingkat / hierarki tatabahasa.


MENYATAKAN MAKSUD KLAUSA :

Unit yg menduduki tempat di atas frasa dan di bawah ayat dalam tatatingkat tatabahasa.


Ok sekarang saya akan memberikan 2 teka-teki yang berbunyi begini :


TEKA-TEKI PERTAMA :

Ayah sampai di rumah ketika kami sedang makan.

Ni KLAUSA ke AYAT??? Ayuh cuba fikirkan🤔🤔🤔Apanya?🤯

Jawapannya : AYAT kerana ia dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah (lihat yang diwarnakan dan diboldkan)

TEKA-TEKI KEDUA :

ayah sampai di rumah ketika kami sedang makan

Ni KLAUSA ke AYAT??? Ayuh cuba fikirkan🤔🤔🤔Apanya?🤯

Jawapannya : KLAUSA kerana ia dimulai dengan huruf kecil dan tidak diakhiri dengan tanda noktah (lihat yang diwarnakan dan diboldkan)


NAH KELIRU ATAU TIDAK??????


Sekarang kita akan pergi ke tajuk kita iaitu persamaan dan perbezaan antara klausa dengan ayat.


Sebenarnya KLAUSA dengan AYAT ada persamaan dan juga perbezaan mcm jam dinding dengan jam tangan. Persamaan jam dinding dengan jam tangan adalah untuk tengok masa. Perbezaannya pula jam dinding letak kat dinding, jam tangan letak kat tangan....sapa tak tahu memang TERPALING HEBAT DALAM DUNIA...🤣🤣 bercanda kali


Persamaan klausa dengan ayat 

Klausa dan ayat adalah MEMPUNYAI SUBJEK DAN PREDIKAT.


Contoh yang aku bagi : 👇

Adik saya bermain tenis.

Subjek : Adik saya

Predikat : bermain tenis.


Sapa tak tahu subjek dan predikat pergi masuk darjah 4 balik


Perbezaan KLAUSA dengan AYAT pula :

  • Klausa tidak ada intonasi manakala ayat ada intonasi.
  • Perbezaan dari segi penulisan iaitu klausa tidak dimulai oleh huruf besar dan tidak diakhiri dengan tanda noktah manakala ayat dimulai oleh huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh aku bagi 👇

Adik saya bermain tenis.

(Ini adalah AYAT kerana ia dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah)

adik saya bermain tenis

(Ini adalah KLAUSA kerana ia dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah)


Persamaan dan perbezaan klausa dengan ayat
Ringkasan persamaan dan perbezaan klausa dengan ayat



Akhir kata, sebab tu klausa boleh jadi ayat bila diberikan intonasi ayat dan ditulis sebagaimana penulisan ayat. Alhamdulillah selesai sudah nota kita pada hari ini. Jadi gimana?senang bukan nak tahu bagaimana mengetahui yang mana ayat dan yang mana klausa. Diharapkan nota ini memberikan kefahaman kepada pembaca terutama pelajar STPM S2 Bahasa Melayu.


JANGAN LUPA COMMENT AND SHARE...THANK YOU SEBAB KUNJUNGI BLOG SARA HANA 👋


Korang nak nota atau latihan apa lagi? Cuba comment di bawah