Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga anda semua berada dalam keadaan
yang baik dan sihat selalu agar terus semangat membacanya ya !!. Hari ini
Sara's Notes akan memberikan sebuah nota tentang
KLAUSA BAHASA MELAYU (SINTAKSIS). Diharapkan dapat bermanfaat kepada
semua terutama kepada pelajar-pelajar STPM S2 yang tidak lama lagi akan
menduduki peperiksaan S2.
Pergi ke kedai membeli laksa,
Mari kita belajar klausa.
Menyatakan maksud klausa :
Klausa ialah unit yang menduduki tempat di atas frasa dan di bawah ayat
dalam tatatingkat / hierarki tatabahasa.
Menyenaraikan ciri-ciri klausa :
- Klausa terdiri daripada subjek dan predikat.
- Klausa tidak diucapkan dengan intonasi.
Menjelaskan tentang jenis-jenis klausa :
Klausa terbahagi kepada 2 iaitu klausa bebas dan
klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri
manakala klausa tak bebas adalah klausa yang tidak boleh
berdiri sendiri. Klausa tak bebas memerlukan kata hubung
pancangan untuk menghubungkannya.
Menerangkan posisi / fungsi klausa tak bebas dalam ayat :
Klausa tak bebas sebagai subjek
Ayat sebenar = Tidaklah mudah untuk kami memujuk anak itu.
Subjek = Tidaklah mudah (klausa bebas)
Predikat = untuk kami memujuk anak itu. ( klausa tak bebas)
Bila klausa tak bebas bertukar jadi subjek :
Untuk kami memujuk anak itu, tidaklah mudah.
Subjek = Untuk kami memujuk anak itu (klausa tak bebas)
Predikat = tidaklah mudah (klausa bebas)
Klausa tak bebas sebagai predikat
Ayat sebenar = Orang yang prihatin itulah,
yang akan membantu kita.
Subjek = Orang yang prihatin itulah (klausa bebas)
Predikat = yang akan membantu kita (klausa tak bebas)
Kedudukan 👆 ni tak perlu diubah sebab dia nak klausa tak bebas berada di predikat !
Klausa tak bebas sebagai pelengkap (pelengkap tak boleh digugurkan)
Ayat = Mereka bercadang untuk menonton filem itu minggu depan.
"Untuk menonton filem itu minggu depan" ialah klausa tak bebas berada
di kedudukan pelengkap.
Sebab apa?
Sebab bila dibuang "untuk menonton filem itu minggu depan" ayatnya akan
menjadi "Mereka bercadang." Lengkap ke ayat ni? Tak❌️. bercadang apa?
mesti tertanya betul.
Jadi posisi klausa tak bebas ini adalah sebagai pelengkap. GOT IT?
Klausa tak bebas sebagai objek.
Objek mestiFRASA NAMA/KATA NAMA✅️
Bukan FRASA ADJEKTIF, FRASA KERJA, FRASA SENDI NAMA❌️
Ayat = Ibu itu mengharapkan agar anak-anaknya pulang awal.
"agar anak-anaknya pulang awal" adalah klausa tak bebas sebagai objek.
"mengharapkan" (KATA KERJA) + "anak-anaknya" (objek KATA NAMA)
tetapi dia nak klausa tak bebas jadi objek maka "
agar anak-anaknya pulang awal." TAK BOLEH AMBIL OBJEK SAJA IAITU
"ANAK-ANAKNYA".
Mesti korang keliru antara objek dengan pelengkap betul?
Tak perlu keliru korang cuma perlu tahu
selepas kata kerja adalah kata nama mesti objek dan
selepas kata kerja ayat itu tidak boleh digugurkan atau ada FN / FA / FSN
mesti pelengkap.
So baca ayat dengan teliti.
Klausa tak bebas sebagai keterangan / adverba
(boleh digugurkan/ boleh dibuang)
Ayat = Orang tua itu resah kerana anak gadisnya tidak pulang.
"kerana anak gadisnya tidak pulang" ialah klausa tak bebas
sebagai keterangan / adverba.
Sebenarnya ayat " orang tua itu resah" sudah lengkap maknanya walaupun
digugurkan keterangannya dan ini adalah klausa bebas tetapi dia nak klausa tak
bebas sebagai keterangan jadi ayat "kerana anak gadisnya tidak pulang"
itu kena ada.
Senang je nak detect ayat ini adalah ayat keterangan atau tidak cuma perlu
tahu ayat itu boleh dibuang seperti ayat di atas.
Klausa tak bebas sebagai penerang
Ayat = Mesin pembasuh yang baru dibelinya itu besar.
Ayat " yang baru dibelinya itu " adalah klausa tak bebas sebagai
penerang.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti itu penerang. Sini aku ajarkan
Sebenarnya ayat di atas adalah gabungan dari 2 AYAT TUNGGAL / 2 KLAUSA.
AYAT TUNGGAL 1 = Mesin pembasuh itu besar.
AYAT TUNGGAL 2 = Mesin pembasuh baru dibelinya.
Nak cantumkan ayat di atas mestilah gunakan formula ini 👇
Ambil AYAT TUNGGAL 2 dahulu dan pancangkan pada AYAT TUNGGAL 1 dengan
menggunakan kata hubungan pancangan relatif iaitu "YANG".
Maka ayatnya jadilah " Mesin pembasuh (AYAT TUNGGAL 2) + yang( KATA HUBUNG
PANCANGAN RELATIF) + baru dibelinya ( AYAT TUNGGAL 2) + itu besar( AYAT
TUNGGAL 1)
GOT IT???
Kesimpulannya, aku harap korang mudah faham tentang klausa menggunakan nota
yang aku buat ini. Aku minta maaf andai nota ini buat korang lagi tak faham
atau apa. Jika mudah faham alhamdulillah.
0 Comments