Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga anda berada dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Hari ini saya akan memberikan nota mengenai Ayat Pasif beserta Jenis-jenisnya. Dengan lafaz bismillah mari kita mulai nota ini.
Sebelum membahaskan dengan lebih terperinci mengenai ayat pasif, kita
harus mengetahui tentang pengertian atau maksud ayat pasif.
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul / unsur
yang diterangkan. Ayat pasif mengandungi kata kerja pasif.
Sebagai contoh, " kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa jantan". Agar
lebih mengenal sesuatu ayat itu ayat pasif atau bukan, semak berikut
penjelasan lengkapnya. Baca nota ini sehingga habis.
1. AYAT PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF
Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif. Imbuhan kata kerja pasif itu adalah seperti yang berikut.
ke-...-an
Contoh ayat imbuhan kata kerja pasif di-, :
Beberapa buah kenderaan ditahan oleh polis.
Kereta itu dimiliki oleh seorang jutawan.
Contoh ayat imbuhan kata kerja pasif ber- :
Jamuan untuk tetamu belum lagi berhidang.
Bahan bacaan itu belum bersusun.
Contoh ayat imbuhan kata kerja pasif ter- :
Kerbau Ali terlanggar oleh lori balak.
Rumah itu terjual dengan harga yang murah.
Kata kerja berimbuhan ber-, dan ter-, dengan maksud pasif ialah kata kerja yang mempunyai maksud yang sama dengan kata kerja pasif berawalan di-. Ini bermakna, imbuhan ber- dan ter- boleh ditukar dengan imbuhan di-. Misalnya, contoh ayat imbuhan kata kerja pasif ber- pada ayat (a) iaitu berhidang boleh ditukar dengan imbuhan di- iaitu dihidang. Contoh ayat imbuhan kata kerja pasif ter- pada ayat (b) iaitu terjual boleh ditukar menjadi imbuhan di- iaitu dijual. Oleh itu, kata yang menerima imbuhan ber- dan ter- yang tidak boleh bertukar ganti dengan imbuhan di- bukanlah ayat pasif.
Ayat pasif dengan kata kerja berawalan ter- yang disertai kata sendi nama oleh boleh berlaku pada kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Contohnya :
a) Ubat yang pahit itu termakan oleh saya.✅️
Ubat yang pahit itu saya makan.✅️
b) Beban yang berat itu terangkat olehku.✅️
Beban yang berat itu kuangkat.✅️
Ayat pasif dengan kata kerja berapitan ke-...-an pula ialah ayat yang menggunakan kata kerja berapitan ke-...-an yang menunjukkan subjek ayatnya mengalami sesuatu.
Contoh ayat :
a) Haiwan itu kehausan di padang pasir.
Subjek ayat (haiwan) mengalami haus.
b) Dua ekor anak kucing kesejukan di tepi bangunan itu.
Subjek ayat (dua ekor anak kucing) mengalami rasa sejuk.
Kata berimbuhan ke-...-an yang tidak membawa maksud sedemikian, tidak dikategorikan sebagai pasif.❌️
Contoh :
Rahsia kejayaan pelajar itu ialah kesabaran yang tinggi.❌️
Kesabaran bukan kata kerja pasif kerana perkataan itu tidak membawa maksud mengalami sabar.
Penguasaan ilmu adalah antara kelebihan beliau.❌️
Kelebihan dalam ayat di atas tidak bermaksud mengalami lebih.
2. AYAT PASIF DENFAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG PERTAMA DAN KEDUA
Kata ganti nama diri orang pertama
Contoh : saya, aku, ku-, kami, kita, patik,beta, hamba
Kata ganti nama diri orang kedua
Contoh : awak, anda, kamu, engkau, kau-, tuan hamba
Kata ganti nama diri orang ketiga
Contoh : dia, beliau, mereka, -nya, baginda
bagi ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri orang pertama / orang kedua hendaklah hadir sebelum kata kerja
Senang cerita like this 👉👉 KGNDorang 1 dan 2 + KATA KERJA
Contoh ayat 1 :
Ayat aktif : Saya sudah pun membersihkan bilik itu.
Ayat pasif KGND1 : Bilik itu sudah saya bersihkan.
Contoh ayat 2 :
Ayat aktif : Aku perlu menyiasat perkara itu nanti.
Ayat pasif KGND1 : Perkara itu perlu kusiasat nanti.
Contoh ayat 3 :
Ayat aktif : Kamu sudah menyimpan senjata itu?
Ayat pasif KGNDorang 2 : Senjata itu sudah kamu simpan?
GOT IT??✅️ OR ❌️
Kehadiran perkataan lain di antara 2 kata itu menyebabkan binaan ayat tidak tepat.
Contoh binaan ayat pasif yang betul :
1. Buku itu sudah saya pulangkan kepada Ali.✅️
Buku itu saya sudah pulangkan kepada Ali.❌️
2. Soalan itu tidak dapat kami jawab dengan betul. ✅️
Soalan itu kami tidak dapat jawab dengan betul. ❌️
Ayat pasif kata ganti nama diri orang ketiga pula terbina dengan menggunakan kata kerja berawalan di- dan diikuti oleh frasa nama.
Contoh ayat KGNDorang 3 :
1. Kediaman itu disewa oleh dia. ✅️
Kediaman itu dia sewa. ❎️
2. Kuih tradisional itu dibuat oleh Aminah. ✅️
Kuih tradisional itu Aminah buat. ❎️
3. AYAT PASIF DENGAN PERKATAAN 'KENA'
Ayat pasif jenis ini ialah ayar pasif yang menggunakan perkataan kena sebelum kata kerja yang tidak mempunyai awalan.
Contoh ayat :
1. Pencuri itu kena tangkap.
2. Pelajar nakal itu kena denda.
3. Budak itu kena pukul semalam.
Ayat di atas ini 👆👆 boleh diperluas dengan menghadirkan kata sendi nama diikuti frasa nama.
Contoh ayat :
1. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
2. Pelajar nakal itu kena denda oleh gurunya.
3. Budak itu kena pukul oleh ayahnya semalam.
0 Comments